ilmugo

Terma Perkhidmatan

Berkuat kuasa: 16 September 2026

Dengan membeli akses atau menggunakan ilmugo, anda bersetuju dengan terma di bawah. Sila baca bersama Dasar Privasi dan Dasar Bayaran Balik kami.

1. Perkhidmatan

ilmugo ialah platform ulang kaji dalam talian untuk murid KSSR (Tahun 1 hingga 6) dan KSSM (Tingkatan). Kandungannya termasuk nota, video, kad imbas, kuiz, latihan, kertas ujian dan buku teks digital, disusun mengikut sukatan pelajaran. Kandungan berbeza mengikut tahap. Contohnya, past paper negeri hanya disediakan untuk tahap tertentu, seperti yang dinyatakan di laman jualan.

2. Akaun

3. Harga, pembayaran dan tempoh akses

4. Tiada jaminan keputusan

ilmugo ialah alat bantu belajar. Kami tidak menjamin sebarang markah, gred atau keputusan peperiksaan. Keputusan bergantung pada usaha murid, cara belajar dan faktor lain di luar kawalan kami.

5. Hak milik kandungan

Susunan, nota, soalan, penerangan dan reka bentuk app adalah milik ilmugo. Anda tidak boleh menyalin, memuat turun secara pukal, menjual atau mengedarkan semula kandungan tersebut. Bahan pihak ketiga seperti buku teks kekal milik pemilik asalnya dan disediakan untuk rujukan pembelajaran sahaja.

6. Penggunaan yang dilarang

Anda tidak boleh cuba menggodam sistem, memintas log masuk, mengikis (scrape) kandungan, atau menggunakan perkhidmatan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang. Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini tanpa bayaran balik.

7. Program afiliat

Pembeli layak menyertai program afiliat. Kadar komisen, jumlah minimum pengeluaran dan caj pemindahan adalah seperti yang dipaparkan dalam papan pemuka afiliat dan boleh berubah. Komisen hanya dibayar untuk jualan sebenar yang telah disahkan. Rujukan palsu, pembelian sendiri untuk mendapatkan komisen, atau spam boleh menyebabkan komisen dibatalkan.

8. Ketersediaan perkhidmatan

Kami berusaha memastikan app sentiasa boleh diakses, tetapi gangguan sementara mungkin berlaku kerana penyelenggaraan atau masalah penyedia pihak ketiga. Jika anda tidak dapat mengakses tahap yang dibeli, hubungi kami dan kami akan membantu.

9. Had tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tanggungjawab ilmugo terhadap sebarang tuntutan berkaitan perkhidmatan tidak melebihi jumlah yang anda bayar untuk tahap berkenaan. Terma ini tidak menjejaskan hak anda sebagai pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

10. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

11. Perubahan terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini. Perubahan tidak akan mengurangkan tempoh akses yang telah anda bayar.

Soalan tentang terma ini? WhatsApp kami di 011-2082 0787.
© 2026 ilmugo · ilmugo.com · WhatsApp 011-2082 0787